Sunday, 21 June 2015
Gout Punca Sakit Buah Pinggang!
Gout ialah satu penyakit yang diakibatkan oleh peningkatan asid urik di dalam darah. Apabila tahap asid urik dalam darah ini terus meningkat, sebahagian asid urik ini akan membentuk “kristal asid urik” pada bahagian sendi-sendi dan ini akan menyebabkan sendi ini mengalami sakit, sukar bergerak, pembengkakan dan inflamasi. Gout selalunya menyerang sendi pada ibu jari kaki seperti gambar.
Asid urik ialah bahan hasil daripada pemecahan sel-sel matang asid ribonukleik (RNA) dan asid deoksiribonukleik (DNA) yang mati dalam hati.
Ia terhasil daripada pengambilan makanan yang tinggi kandungan protein purina.Purina ialah sejenis protein yang membentuk asid urik hasil proses metabolisme dan berpotensi menyebabkan serangan gout. Protein tersebut akan diuraikan menjadi asid amino dan sebahagian lebihan asid amino pula diuraikan menjadi asid urik.
Antara makanan yang mengandungi Purina yg tinggi ialah makanan laut seperti kerang, ikan salmon, ikan bilis, udang dan ketam. Selain itu, Purina juga terdapat dalam organ-organ dalaman haiwan seperti hati dan hempedal ayam, perut, otak dan usus lembu serta daging kambing.
Pesakit Gout juga ditegas untuk meninggalkan minuman keras kerana ia meningkatkan paras asid urik dalam badan.
Gout juga menyebabkan seseorang itu berisiko mengalami kerosakan buah pinggang pada kemudian hari. Ini kerana mereka berpendapat gout hanya penyakit sendi yang boleh diatasi dengan suntikan dan pengambilan ubat tahan sakit. Contohnya ubat Aspirin.
Sedangkan, serangan gout berkait rapat dengan kesihatan buah pinggang. Kekerapan mengambil ubat tahan sakit mengundang bahaya pada organ tersebut. Apabila buah pinggang gagal berfungsi, ia menyukarkan sistem perkumuhan asid urik yang lazimnya disingkirkan melalui najis dan air kencing.
Kesannya, lebihan asid urik yang terperangkap di dalam darah akan berkumpul di buah pinggang sekali gus membentuk hablur garam. Hablur-hablur itulah yang akan merosak dan mengecutkan buah pinggang sehingga seseorang itu mendapat gout, batu karang dan hipertensi.
KLIK DI SINI Jika Anda Sayangkan Buah Pinggang Anda!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment