Sunday, 21 June 2015
Gout Punca Sakit Buah Pinggang!
Gout ialah satu penyakit yang diakibatkan oleh peningkatan asid urik di dalam darah. Apabila tahap asid urik dalam darah ini terus meningkat, sebahagian asid urik ini akan membentuk “kristal asid urik” pada bahagian sendi-sendi dan ini akan menyebabkan sendi ini mengalami sakit, sukar bergerak, pembengkakan dan inflamasi. Gout selalunya menyerang sendi pada ibu jari kaki seperti gambar.
Asid urik ialah bahan hasil daripada pemecahan sel-sel matang asid ribonukleik (RNA) dan asid deoksiribonukleik (DNA) yang mati dalam hati.
Ia terhasil daripada pengambilan makanan yang tinggi kandungan protein purina.Purina ialah sejenis protein yang membentuk asid urik hasil proses metabolisme dan berpotensi menyebabkan serangan gout. Protein tersebut akan diuraikan menjadi asid amino dan sebahagian lebihan asid amino pula diuraikan menjadi asid urik.
Antara makanan yang mengandungi Purina yg tinggi ialah makanan laut seperti kerang, ikan salmon, ikan bilis, udang dan ketam. Selain itu, Purina juga terdapat dalam organ-organ dalaman haiwan seperti hati dan hempedal ayam, perut, otak dan usus lembu serta daging kambing.
Pesakit Gout juga ditegas untuk meninggalkan minuman keras kerana ia meningkatkan paras asid urik dalam badan.
Gout juga menyebabkan seseorang itu berisiko mengalami kerosakan buah pinggang pada kemudian hari. Ini kerana mereka berpendapat gout hanya penyakit sendi yang boleh diatasi dengan suntikan dan pengambilan ubat tahan sakit. Contohnya ubat Aspirin.
Sedangkan, serangan gout berkait rapat dengan kesihatan buah pinggang. Kekerapan mengambil ubat tahan sakit mengundang bahaya pada organ tersebut. Apabila buah pinggang gagal berfungsi, ia menyukarkan sistem perkumuhan asid urik yang lazimnya disingkirkan melalui najis dan air kencing.
Kesannya, lebihan asid urik yang terperangkap di dalam darah akan berkumpul di buah pinggang sekali gus membentuk hablur garam. Hablur-hablur itulah yang akan merosak dan mengecutkan buah pinggang sehingga seseorang itu mendapat gout, batu karang dan hipertensi.
KLIK DI SINI Jika Anda Sayangkan Buah Pinggang Anda!
Kesan Asid Dalam Badan
Kadar keasidan cecair yang terlalu tinggi dalam badan disenaraikan sebagai kesan daripada pemakanan yang tidak seimbang. Kesan keadaan peneutralan asid di dalam badan yang terlalu banyak sangat menyakitkan. Kebolehan badan menyerap nutrien dan garam mineral melibatkan organ-organ penting badan menyebabkan kadar metabolisma menjadi kurang dan tidak berjalan lancar. Proses yang melibatkan pencernaan menjadi tidak stabil dan lemah kerana kadar penyerapan asid yang terlalu tinggi. Keadaan ini boleh menyebabkan nausea, loya dan muntah, stress dan gastrik.
Untuk mengetahui adakah badan seseorang individu sangat berasid, ujian air kencing boleh dilakukan pada waktu pagi. Basahkan sedikit kertas PH pada air kencing dan buat bacaan dengan segera. Nilai PH yang normal adalah dalam lingkungan 6.4 – 6.8 . Sekiranya kadar asid adalah tinggi, maka bacaannya adalah kurang daripada 6.0. Kandungan asid yang tinggi merupakan penyebab kepada keadaan yang tidak sihat kepada badan dan boleh mengakibatkan pelbagai penyakit seperti gout, kencing manis, penyakit jantung dan juga hipertensi (darah tinggi).
Keadaan ini terjadi apabila seseorang individu tidak mengamalkan diet pemakanan yang seimbang. Amalan pemakanan makanan yang mengandungi asid yang tinggi seperti daging, ayam, produk tenusu, ikan dan telur seta kurang pengambilan sayur-sayuran boleh menyebabkan keadaan asidosis. Bahagian badan yang paling berasid iaitu perut mengalami masalah dalam pencernaan kerana lebih menyerap cairan berasid ke dalam badan. Sekiranya keadaan ini berterusan, seseoran individu berisiko mendapat penyakit kencing manis dan diikuti dengan kegagalan buah pinggang serta penyakit batu karang.
Kandungan asid urik yang tinggi juga boleh mengakibatkan gout secara berperingkat. Pada peringkat pemulaan, individu akan mengalami pengaliran darah yang tidak lancar dan cepat letih dan sakit-sakit sendi. Kemudian, individu akan mendapati lemah tenaga batin lalu timbul bengkak-bengkak di kaki dan tangan. Peringkat terakhir mengakibatkan pertumbuhan tofi di kawasan yang bengkak tersebut. Individu yang menghidapi gout juga berisiko mengalami masalh buah pinggang, pertumbuhan batu karang, hipertensi dan lain-lain penyakit berkaitan salur darah.
Saluran renal(buah pinggang) yang tersumbat menyebabkan lebihan asid yang tidak dicerna bertangkung di dalam salur pencernaan lalu berlaku penyumbatan. Cecair yang tersumbat menyebabkan pembentukan kristal di dalam saluran tersebut lalu menyukarkan pengeluaran air kencing dan boleh menyebabkan air kencing mengandungi darah. Hal ini berlaku kerana pembentukan kristal di dalam salur pencernaan iaitu saluran air kencing menyebabkan salur kencing menjadi luka. Keadaan ini juga boleh menyebabkan jangkitan kuman di saluran air kencing dan penyakit batu karang.
Wabak pemakanan berasid yang berlarutan pada masa kini telah mencetuskan revolusi dalam perubatan moden. Kini individu yang mengalami masalah asidosis atau asid berlebihan dalam badan mempu mengawal kadar asid dalam badan melalui penggunaan produk Alkalete. Alkalete merupakan alkali semulajadi anti-asid yang dihasilkan dalam bentuk kapsul untuk memudahkan kaedah penggunaannya. Alkalete juga terbukti berkesan meneutralkan asid dalam badan sebanyak 50 peratus dan mengembalikan keseimbangan oktet kadar asid dalam badan. Penggunaan berterusan terbukti mengawal sepenuhnya asid dalam badan. Dengan kaedah penggunaan yang betul, pengamal mampu meneruskan kehidupan yang sihat dengan sempurna di samping menikmati makanan yang berasid dalam kandungan yang terkawal dan selamat.
Sunday, 17 May 2015
Adakah Gout Boleh Diwarisi
- Gout boleh diwarisi tetapi faktor persekitaran juga memainkan peranan
- Gout adalah penyakit yang boleh dirawat. Pada zaman dahulu, gout merupakan salah satu penyebab kerosakan dan kecacatan sendi. Pada hari ini, dengan rawatan yang baik, ianya boleh dikawal.
- Adalah penting untuk mengamalkan cara hidup sihat.
Benarkah Gout Penyakit Orang Kaya
Benarkah Gout Penyakit Orang Kaya?
Tidak, gout boleh menyerang sesiapa sahaja. Walau bagaimanapun, meminum
alkohol dan pemakanan berlebihan boleh dikaitkan dengan penyakit gout.
Saturday, 16 May 2015
Pencegahan Gout
Pencegahan
- Ubah cara hidup anda untuk memastikan paras asid urik yang normal
- Amalkan cara hidup sihat untuk mengelak dari menghidap penyakit-penyakit yang berhubungkait dengan gout
- Apabila mengambil allopurinol, ianya perlu diambil secara berterusan.
- Jangan mengubah atau menghentikan dos allopurinol semasa serangan gout.
- Minum banyak air
Makanan Yang Perlu Dielakkan Pesakit Gout
Pemakanan Yang Perlu Dielakkan
Di bawah disenaraikan makanan yang kaya dengan purin:.
ELAKKAN MAKAN | KURANGKAN MAKAN |
---|---|
|
|
Rawatan Gout
Rawatan
Gout adalah suatu penyakit yang boleh sembuh tetapi anda harus mengambil langkah-langkah untuk mengatasinya.
Rawatan serangan akut
- Rehatkan sendi semasa serangan gout.
- Ubat-ubatan anti-radang berkesan untuk mengurangkan sakit dan keradangan sendi. Walaupun ia boleh mendatangkan kesan sampingan seperti sakit perut. Jika digunakan dalam jangka masa yang singkat, kesan sampingan jarang berlaku.
- Ubatan lain seperti colchicine juga boleh diambil. Walaupun ia amat berkesan, ia boleh menyebabkan loya, muntah dan cirit-birit (Peringatan: Colchicine hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor)
- Steroid (Peringatan: Steroid hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor)
- Lazimnya cecair steroid disuntik terus ke sendi yang radang
- Pil steroid boleh diambil dalam jangka masa yang pendek jika penghidap tidak boleh mengambil ubat-ubatan yang lain. Walaubagaimanapun, ianya tidak boleh diambil berpanjangan.
- Sentiasa peka terhadap tanda-tanda awal serangan. Jika rawatan dimulakan awal, penyakit ini tidak akan melarat.
Rawatan Jangka Panjang
Oleh kerana gout disebabkan oleh asid urik yang berlebihan dalam badan, anda haruslah mengelakkan faktor-faktor yang boleh menambahkan paras asid urik.
- Menjaga berat badan – kegemukan boleh mengganggu keupayaan badan untuk mengeluarkan asid urik yang berlebihan
- Mengelakkan minuman keras
- Pemakanan – elakkan pengambilan makanan yang mengandungi purin yang tinggi
- Sesetengah daging binatang, makanan laut, kekacang mengandungi purin yang tinggi.
Komplikasi Gout
Komplikasi
- Asid urik boleh berkumpul di bawah kulit membentuk benjolan di panggil ’tophi’
- Dalam saluran urinari (air kencing), ia boleh berkumpul membentuk ’batu karang’.
- Penghidap gout juga sering menghidapi penyakit atau masalah kesihatan lain seperti:
- Kegemukan
- Darah tinggi
- Hiperlipidemia
- Diabetes
Tanda-Tanda Gout
Tanda Gout
- Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki.
- Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.
- Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.
- Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan.
- Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.
- Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.
- Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.
Pengenalan Gout
Gout adalah sejenis penyakit disebabkan berlebihan asid urik di dalam badan.
- Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin.
- Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin).
- Bagi penghidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi.
- Ia adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia sejak zaman dahulu kala lagi.
- Pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan, kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal.
- Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun.
- Ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid.
Subscribe to:
Posts (Atom)